Diabetes antara punca utama kematian di Malaysia
Iklan
Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Diabetes melitus adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018, menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019.
Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penyakit hipertensi pula merekodkan kenaikan peratusan tertinggi iaitu 73.2 peratus.
Iklan
Iklan
"Ini diikuti oleh Chronic lower respiratory diseases (59.5 peratus) neoplasma malignan kolon, rektum dan anus (39.7 peratus)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Buletin Perangkaan Sosial Malaysia memaparkan statistik sosial terpilih yang merupakan indikator asas bagi mengukur kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk melibatkan bidang-bidang utama iaitu penduduk, perumahan, kesihatan, pendidikan, guna tenaga, perkhidmatan kebajikan, keselamatan awam serta perhubungan dan rekreasi
Iklan
Sementara itu Mohd Uzir berkata, kematian akibat kemalangan jalan raya pada 2018 merekodkan penurunan iaitu 2.4 peratus kepada 4,391 kematian daripada 4,499 kematian pada 2017.
Mohd Uzir berkata, terdapat 548,598 kemalangan jalan raya yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia pada 2018 dan hanya 1.1 peratus melibatkan kes kematian.
Iklan
"Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 1,046 kes manakala Kelantan merekodkan kes kecederaan tertinggi kemalangan jalan raya iaitu 1,626 kes.
"Putrajaya merekodkan kes kecederaan dan kematian terendah iaitu masing-masing 10 kes dan tujuh kes," katanya.
Menurut Mohd Uzir, pendaftaran baharu kenderaan bermotor merekodkan peningkatan 8.2 peratus pada 2018 kepada 1.22 juta berbanding 1.13 juta pada 2017.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh kenderaan awam (48 peratus), diikuti kenderaan perdagangan (15.3 peratus) dan motosikal (11.5 peratus)," katanya.
Dari segi pendidikan, buletin itu menunjukkan terdapat 4.92 juta murid sekolah rendah dan menengah serta 416,886 guru di 10,486 sekolah di seluruh negara. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>