Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok.

MET Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Marang dan Pasir Puteh bagi negeri di Kelantan.

Iklan
Iklan

Sementara di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. - Bernama