Indonesia serah kembali bot nelayan tempatan yang ditahan

Iklan
Bot nelayan tempatan Kelas C yang melakukan kesalahan ditahan oleh KP HIU 3 dan diserahkan kepada APMM semalam.

PELABUHAN KLANG - Kapal Pengawas Perikanan Indonesia (KP HIU 3) semalam menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C sebelum menyerahkannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor.

Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Abdul Hakim bin Mohd Idris berkata, sebaik menerima maklumat daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Ibu Pejabat Maritim Malaysia, penyerahan dilakukan kira-kira 11.6 batu nautika dari Tanjung Temteram, Pulau Ketam.

Iklan
Iklan

‘‘Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati empat lelaki warga Indonesia termasuk tekong bot berkenaan.

Dua daripada mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah,’’ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan
Bot nelayan tempatan Kelas C ditahan oleh KP HIU 3 dan diserahkan kepada APMM semalam.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 29 hingga 36 tahun dan ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, APMM turut merampas ikan baja serta ikan campur yang dianggarkan kira-kira 140 kilogram.

Iklan

Katanya, kesemua mereka dan bot dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan.