Industri dron sumber pelaburan baharu di Johor
Iklan
Jimmy ketika menjawab soalan pada sidang DUN Johor di sini hari ini.
KOTA ISKANDAR - Industri teknologi dron akan menjadi tumpuan dan sumber pelaburan baharu negeri ini.
Exco Perdagangan, Pelaburan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, usaha itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan sebelum ini yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab dron di rantau Asia.
Iklan
Iklan
"Bagi tujuan ini, kita akan berbincang dengan Perbadanan Ekonomi Digital Maaysia (MDEC) bagaimana Johor boleh membantu dalam menjadi lokasi bagi mempromosikan sektor ini.
"Ia merupakan peluang terbaik kerana dilihat sektor teknologi dron ini boleh mencapai anggaran nilai sebanyak RM532.7 bilion menjelang tahun 2025,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abd Taib Abu Bakar (BN-Machap) pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini hari ini.
Abd Taib bertanyakan mengenai bidang dan bentuk pelaburan baharu yang sedang dirancang kerajaan Johor bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Iklan
Dalam masa sama, Jimmy turut memaklumkan, kerajaan negeri juga sedang melaksanakan pelbagai intransitif baharu khusus bagi memajukan Industri halal yang dilihat mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa.
"Pertumbuhan industri halal terutama yang didorong permintaan makanan kini telah berkembang dalam pelbagai sektor rantaian bekalan termasuk kosmetik, barangan pengguna dan industri farmaseutikal.
"Kerajaan Johor akan menyokong inisiatif digital halal yang mana dapat membantu menjejak bahan kandungan makanan daripada ladang hingga ke restoran. Usaha ini juga adalah bagi meningkatkan keyakinan pembeli dan peniaga dalam rantaian berkenaan,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.