Tiada kawasan luar Pangkor dijadikan bebas cukai

Iklan
Ahmad Faizal

IPOH - Pelaksanaan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) pada Januari tahun hadapan tidak akan melibatkan kawasan tanah besar di luar daripada pulau itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, perkara itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan.

Iklan
Iklan

"Saya sendiri mengetuai perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan tidak ada bincang jadikan kawasan bebas cukai di tanah besar," katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Ahmad Faizal menjawab isu dibangkitkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) yang mencelah semasa penggulungan itu dengan menyatakan terdapat bantahan terhadap cadangan memperluas kawasan bebas cukai di luar Pangkor.

Iklan

Mengenai penjualan arak di Pulau Pangkor apabila ia diisytiharkan sebagai PBC, Ahmad Faizal berkata, kawasan khas akan disediakan bagi tujuan tersebut.

Pangkor terletak di luar pantai bandar Lumut dalam daerah Manjung, kira-kira 90 kilometer sini. - Bernama

Iklan