Dah cuti pun kena buli suruh buat kerja sekolah!
Iklan
Mangsa (tengah) yang dipukul oleh dua rakan dalam rakaman itu.
KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai menjadi mangsa buli rakan sekelas apabila kerap kali disuruh menyiapkan kerja sekolah di sebuah sekolah agama di Pasir Puteh.
Kejadian terbaru membabitkan mangsa pelajar lelaki itu berlaku pada jam 10.30 pagi semalam.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dikatakan enggan menuruti arahan kumpulan pembuli supaya menyiapkan kerja sekolah rakan sekelasnya menyebabkan dia dipukul beberapa kali dengan kaki dan tangan.
"Mangsa dipukul oleh kumpulan rakan sekelas yang menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah pada musim cuti persekolahan yang akan bermula esok.
Iklan
Beliau berkata, berdasarkan keterangan remaja tersebut, kejadian buli oleh rakan sekelas supaya menyiapkan kerja sekolah mereka itu sudah lama berlaku namun kali ini dia sudah tidak dapat bertahan menyebabkan dia membalas pukulan itu.
"Yelah, sudah masuk musim cuti sekolah, suruh buat kerja sekolah apa lagi. Pihak polis memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terlibat.
Iklan
Mangsa (atas) membalas kembali pukulan dilakukan rakan sekelasnya itu.
"Sejumlah 10 pelajar berusia 13 dan 14 tahun sudah pun dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan masih lagi diteruskan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Tambahnya, kanak-kanak terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan kes lengkap.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 30 saat memaparkan pergaduhan pelajar sekolah itu tular di media sosial.
Berdasarkan pertuturan mereka berbunyi loghat Kelantan.
Terdapat dua pelajar dilihat memukul seorang pelajar yang duduk di lantai sebelum mangsa membalas balik pukulan salah seorang daripada pelajar itu.
Mangsa turut disepak pada muka sebelum membalas semula pukulan itu.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.