Perak mahu jadi negeri pertama perkenal bas elektrik
Iklan
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu, Chaw Kam Foo pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
IPOH - Perak berhasrat menjadi negeri pertama memperkenalkan bas elektrik di bawah peruntukan RM450 juta yang diumumkan dalam Bajet 2020.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata, cadangan itu telah pun dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan sebagai satu cara menambah baik kemudahan pengangkutan awam di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Kita menyambut baik hasrat kerajaan menyediakan sehingga 500 bas elektrik pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan awam di bandar terpilih seluruh negara.
"Kerajaan negeri sudah pun menyampaikan hasrat secara rasmi kepada kementerian untuk menjadi negeri pertama memperkenalkan bas ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu, Chaw Kam Foo pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
Iklan
Paul Yong berkata, pelaksanaan bas elektrik itu merupakan inisiatif baharu ke arah mewujudkan bandar bebas karbon.
"Pada peringkat awal bas ini dimplementasi kelak mungkin akan hadapi masalah tetapi saya percaya ini cara paling baik yang difikirkan kementerian untuk jangka masa panjang.
Iklan
"Jika dirasakan tidak sesuai, ia mungkin akan digantikan dengan sistem pengangkutan yang lain," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Perkhidmatan MyBas Ipoh yang dimulakan pada 1 Jun 2016 lalu telah menawarkan jaringan liputan menyeluruh dengan 16 laluan merangkumi jarak keseluruhan 367 kilometer.
Katanya, kesemua laluan ini dihubungkan kepada dua terminal utama iaitu Terminal Medan Kidd dan Terminal Amanjaya.
"Rangkaian MyBas Ipoh turut melibatkan 11 laluan utama dan lima laluan pengantara yang mana beberapa laluan telah digabungkan dan dipanjangkan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap berasaskan jumlah penumpang di setiap kawasan," katanya.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2020 lalu memberitahu, usaha memperkenalkan bas elektrik itu sebagai komitmen kerajaan untuk menambah baik pengangkutan awam serta mewujudkan bandar bersih dan hijau.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.