Nasib suami isteri tinggal di stor dapat perhatian
Iklan
Taufiq
ALOR GAJAH - Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Taboh Naning di sini prihatin dengan nasib yang menimpa sepasang suami isteri dan tinggal menumpang di sebuah stor di Kampung Brisu.
Pegawai Kebajikan Japerun Taboh Naning, Taufik Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menerima kes kedaifan keluarga berkenaan sejak dua bulan lalu dan telah memberi bantuan awal ketika mereka mahu membuat persiapan menyambut Deepavali Oktober lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dimaklumkan mengenai kesusahan yang dilalui mereka dan permohonan bantuan bulanan sebanyak RM300 telah diluluskan bermula Disember depan.
"Masalah itu telah dibawa ke Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) Alor Gajah bagi permohonan sebidang tanah buat keluarga itu.
Iklan
"Melalui persetujuan verbal dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah, mesyuarat itu sebulat suara bersetuju mencari sebidang tanah kepada keluarga itu melalui Program Membasmi Kemiskinan," katanya.
Tambahnya, beliau juga telah berbincang bersama penyelaras Japerun Taboh Naning, Zairi Suboh kerana mendapati individu itu layak dibantu di bawah program Rumah Peduli.
Iklan
"Bagaimanapun perkara ini mengambil sedikit masa dan selepas selesai mendapat pemilikan tanah barulah kami mencadangkan permohonan Rumah Peduli buat mereka.
"Kita juga faham kegusaran mereka memandangkan tanah itu dalam proses jual beli dan berharap hasrat pasangan suami isteri itu untuk mendapat kediaman yang lebih selesa dan kekal tanpa perlu berpindah randah dipermudahkan," katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan sepasang suami isteri di Jalan slok Uban, Kampung Brisu di sini yang terpaksa menumpang ihsan seorang tuan tanah untuk berteduh di sebuah stor sejak lebih lima tahun lalu.
Stor yang sebelum ini dijadikan tempat meletakkan jengkaut terpaksa diubah usai menjadi tempat tinggal memandangkan dia tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri lebih-lebih lagi hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan gaji RM18 sehari.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>