Isu nelayan Kuala Sebatu dalam siasatan
Iklan
Laporan Sinar Harian semalam.
MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka sedang menyiasat dakwaan nelayan Kuala Sebatu berhubung kawasan semula jadi kerang akan dibina sistem kultur di dasar laut.
Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Asas Tani Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, kerajaan negeri akan membekukan kelulusan pembinaan sistem kultur itu jika benar kawasan itu adalah lokasi seperti yang didakwa.
Iklan
Iklan
"Kita tidak teragak-agak membekukan kelulusan kepada sebuah syarikat swasta yang memohon pembinaan sistem itu kerana boleh menjejaskan hasil laut selain dianggap menindas golongan nelayan.
"Perkara itu masih dalam kajian selepas menerima aduan daripada nelayan dan pihak terbabit," katanya di sini hari ini.
Iklan
Difahamkan syarikat swasta berkenaan telah mendapat kelulusan sejak 2 November lalu bagi pemasangan sistem di atas kawasan seluas 8.09 hektar walaupun mendapat bantahan nelayan sejak 2015.
Semalam Sinar Harian menyiarkan kira- kira 30 nelayan di Kuala Sebatu, Sungai Rambai di sini membantah pemasangan sistem kultur laut di dasar laut yang didakwa menjejaskan benih kerang dan pendapatan mereka.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>