Yamaha Y15 dilelong serendah RM1,400, Mercedes Benz RM4,480

Iklan
Motosikal Yamaha Y15 serendah RM1,400 antara 109 kenderaan yang bakal dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerusi sistem lelongan dalam talian menerusi aplikasi JPJvBID.

MELAKA - Motosikal Yamaha Y15 serendah RM1,400 antara 109 kenderaan yang bakal dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menerusi sistem lelongan dalam talian menerusi aplikasi JPJvBID.

Turut ditawarkan ialah lori sampah dengan nilaian RM10,400, Toyota Hilux (RM10,300) dan kereta Mercedes-Benz S280 (RM4,480).

Iklan
Iklan

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, lelongan awam kenderaan JPJ Melaka 2026 itu babit 82 kenderaan boleh dilesenkan manakala 27 lagi tidak boleh dilesenkan.

Kenderaan 4x4 yang akan dilelong.

Iklan

“Mengikut kategori, lelongan itu melibatkan 93 motosikal, 11 motokar serta masing-masing sebuah jip, kenderaan pikap, lori sampah, lori angkut (LRA) dan van.

“Antara motosikal lain yang turut ditawarkan ialah Yamaha LC dengan nilaian RM1,300 dan Benelli (RM1,200),” katanya.

Iklan

Katanya, jualan e-Katalog bagi lelongan berkenaan dibuka dari 17 hingga 28 Oktober ini, manakala tempoh bidaan bermula pada 24 Oktober, jam 8 pagi hingga 28 Oktober, jam 9 malam.

Orang ramai yang berminat boleh menyemak senarai serta maklumat kenderaan menerusi aplikasi JPJvBID sebelum menyertai proses bidaan.

Tambah beliau, lelongan itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan kenderaan pada harga nilaian yang ditetapkan, tertakluk kepada syarat dan terma lelongan.