Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup lagi esok

Iklan
Semua institusi pendidikan berdaftar dengan KPM di Negeri Sembilan diarahkan tutup pada Rabu. Foto hiasan

SEREMBAN - Semua institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan tutup pada Rabu (14 Oktober 2026).

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan berkata, sepanjang tempoh penutupan, semua murid termasuk yang berada di asrama perlu mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Iklan
Iklan

"Ia bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid selaras dengan kenyataan KPM.

"Ibu bapa dan penjaga juga diminta memastikan anak-anak mengikuti PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, pihak sekolah hendaklah memastikan pelaksanaan PdPR berjalan lancar serta kebajikan dan keselamatan murid, termasuk yang tinggal di asrama sentiasa terpelihara.

Tambahnya, JPNS akan terus memantau perkembangan semasa, termasuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkaitan dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap pengoperasian institusi pendidikan.

Iklan

"Ibu bapa, penjaga, calon peperiksaan dan pihak sekolah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi JPNS bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini serta tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan," katanya.