JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol seorang wanita warga Indonesia di Saleng, Kulai, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki berusia 31 tahun itu berjaya ditahan sepasukan polis daripada cawangan risikan dan bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di Taman Putri Kulai kira-kira jam 8 pagi semalam.