[VIDEO]Lori selamba buang sampah dalam Sungai Klang
Iklan
Tindakan pemandu lori biadab membuang sampah terus ke Sungai Klang yang berjaya dirakam baru-baru ini.
PETALING JAYA [DIKEMASKINI]- Selamba tuang sampah ke dalam Sungai Klang. Itu perbuatan tidak bertanggungjawab pemandu lori yang berjaya dirakam di tepi Sungai Klang berhampiran Taman Medan di sini.
Lori bermuatan 3 tan membawa sampah domestik itu dipercayai lolos masuk ke kawasan tebing sungai itu menerusi satu pintu dari kawasan berhampiran.
Iklan
Iklan
Difahamkan, terdapat pihak yang menjaga kawasan terbabit dan hanya membenarkan lori tertentu masuk ke kawasan itu untuk membuang sampah.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, kegiatan pembuangan sampah di tepi Sungai Klang berlarutan sejak lima tahun lalu.
Iklan
Menurutnya, perbuatan itu berhenti seketika sebelum ini sebelum ia berulang apabila penduduk menyedari terdapat beberapa lori mula keluar masuk ke kawasan tebing sungai sejak beberapa hari lalu.
"Mula-mula hanya lima lori yang masuk ke kawasan itu membuang sampah dengan cara menuangkannya terus ke dalam sungai.
Iklan
"Ia makin menjadi-jadi apabila lebih 20 lori dilihat membuang sampah terus ke dalam sungai tanpa perasaan bersalah.
"Mungkin mereka ambil peluang buang pada hari cuti umum baru-baru ini kerana menyangka tiada pihak berkuasa yang bekerja,” katanya.
Ahmad berkata, dia tidak pasti sama ada pihak yang menjaga kawasan itu ada membuat kutipan wang atau sebaliknya untuk membenarkan pihak tidak bertanggungjawab akses ke kawasan tebing sungai.
Menurutnya, terdapat sebuah jengkaut yang bertindak membersihkan sampah yang bersepah di tebing sungai dipercayai bagi menutupi kegiatan haram terbabit.
Katanya, sesuatu perlu dilakukan kerana penduduk tidak mahu melihat Sungai Klang terus dicemari dengan bertan-tan sampah setiap hari ditambah pula dia yakin sampah yang dibuang adalah sisa dari rumah yang berbau busuk.
"Sebelum ini aduan pernah dibuat kepada pejabat tanah tapi tak pasti sama ada tindakan diambil atau tidak.
"Aduan juga pernah dibuat kepada ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) namun tak nampak tindakan diambil,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>