KPDNHEP rampas barang tiruan
Iklan
SHAH ALAM - Kegiatan penjualan barangan tiruan berjenama di dua premis di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas barangan bernilai RM7,090.
Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Azeem Nazuri berkata, barangan membabitkan pakaian, topi dan cenderamata.