Mangsa banjir di Johor meningkat
Iklan
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa terjejas akibat banjir di negeri ini meningkat kepada 160 orang daripada 40 keluarga di tiga daerah setakat 9 malam ini berbanding 105 orang daripada 24 keluarga petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata, daerah Johor Bahru merupakan daerah terbaru terjejas banjir melibatkan pembukaan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) pada 8.10 malam ini.
Iklan
Iklan
"Seramai 55 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kangkar Tebrau di sini, ekoran hujan lebat yang tidak berhenti sejak 4 petang tadi,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sementara itu, di daerah Batu Pahat dan Pontian, masing-masing kekal satu PPS masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kajang dan SK Melayu Raya.
Iklan
Iklan
"Di SK Sungai Kajang, masih ada seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga sementara seramai 89 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di SK Melayu Raya, Pontian,” kata Tan. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>