Bekas pemandu lori terima bantuan MAINJ
Iklan
Rahman (baring) ketika menerima kunjungan Nasir dan petugas Jejak Asnaf Mainj di kediamannya di sini baru-baru ini.
JOHOR BAHRU - Seorang bekas pemandu lori yang kini hanya terlantar selepas kaki kanannya dipotong akibat jangkitan kuman dan penyakit kencing manis mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Difahamkan, Rahman Sulong, 47, yang selesai menjalani pembedahan memotong kaki pada September lalu hilang punca pendapatan tetap sejak lima tahun lalu kerana mengalami kesukaran untuk bergerak.
Iklan
Iklan
Lebih malang, isterinya, Dayang Nurida Abang Pauzi, 52, juga sudah tidak bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada dirinya dan anak-anak.
Menurut anak sulungnya yang juga ibu tunggal, Nurul Aneesa Rahman, 27, sumber pendapatan keluarga kini ditanggung dia dan adik lelaki ketiganya selepas bapa mereka tidak bekerja.
Iklan
Katanya, perbelanjaan keluarga turut dibantu suami kepada adik keduanya namun belum mencukupi kerana kos perbelanjaan harian dan bil perubatan bapanya yang tinggi.
"Sekarang saya, adik ketiga dan suami adik kedua saya yang bekerja dan mencari rezeki untuk keluarga kami. Keadaan sekarang memang agak sukar tetapi kami kuatkan semangat untuk bantu mana yang ada.
Iklan
"Cuma kebelakangan ini agak sukar sebab ayah sudah mula rawatan di hospital setiap hari. Ayah juga memerlukan ubat-ubatan dan belanja lain seperti lampin harian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Nurul Aneesa berkata, setelah ditolak dengan semua komitmen bulanan lain pendapatan keluarganya hanya boleh mencapai sehingga RM1,800 sahaja.
"Itu tidak termasuk sewa rumah. Saya juga ada tanggungandua anak berusia sembilan dan enam tahun.
"Kami sekeluarga memang tidak ada kereta cuma milik suami adik kedua saya sahaja, tetapi jika dia tiada memang kami guna Grab untuk bawa ayah ke hospital. Tapi semua ini dugaan kami sekeluarga," katanya.
Sementara itu, wakil Jejak Asnaf Mainj, Mohd Nasir Ishak berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan mendapatkan bantuan Baitumal dan perubatan bulanan.
Katanya, dalam pertemuannya bersama keluarga itu baru-baru ini, pihaknya menyalurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian.
"Kita akan bantu mereka dapatkan bantuan perubatan bulanan daripada Baitumal. Selain itu, kita juga akan bantu mereka menjelaskan semua bil hospital yang tertunggak," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>