Polis Jepun cari berlian RM7.53 juta

Iklan
Berlian bernilai lebih AS$1.8 juta (RM7.53 juta) hilang daripada acara pameran perdagangan barang kemas di luar Tokyo semalam. - Gambar hiasan

TOKYO - Polis Jepun hari ini menggerakkan operasi pencarian terhadap sebutir berlian bernilai lebih AS$1.8 juta (RM7.53 juta) selepas ia hilang daripada acara pameran perdagangan barang kemas di luar Tokyo.

"Berlian yang dicuri semalam itu bernilai 200 juta yen. Kami percaya ia dicuri daripada kotak pameran,” kata jurucakap polis.

Iklan
Iklan

Berlian 50 karat itu dipamerkan selama tiga hari di Yokohama.

Pameran tersebut turut disertai beberapa syarikat dari luar negara antaranya Rusia dan China.

Iklan

Menurut stesen penyiaran awam NHK, seorang kakitangan menyedari berlian milik sebuah firma Jepun itu hilang dan mendapati kotak pameran tidak dikunci.

Bagaimanapun, kes itu tidak menjejaskan pameran yang menamatkan acaranya semalam. - AFP

Iklan