Asia Innovates 2019, tonjol inovasi terbaik
Iklan
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.
ASIA Innovates 2019 telah menampilkan 14 inovasi penyelidik terbaik yang dipilih daripada tujuh buah negara untuk dibentangkan di hadapan pelabur dan institusi kewangan dari Malaysia dan Asia.
Program anjuran Kumpulan Industri- Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Royal Academy of Engineering (RAEng), United Kingdom (UK) telah diadakan di Hotel Le Meridean, Putrajaya, baru -baru ini.
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata, inovasi itu bakal diketengahkan kepada syarikat pelaburan yang berminat dan juga institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan dan fasilitasi bagi membolehkan ia mampu dikomersialkan di pasaran tempatan dan juga global.
Menurut beliau, program itu bakal memberi peluang kepada lebih daripada 150 penyelidik Asia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bidang berpotensi tersebut.
"Asia Innovates 2019 bukan sahaja program yang dapat memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan rangkaian di peringkat antarabangsa tetapi juga untuk mengukuhkan keyakinan para penyelidik ini berjaya dalam bidang keusahawanan.
"Ini juga merupakan platform yang strategik untuk mengukuhkan dan mengeratkan ekosistem inovasi dan keusahawanan negara dan serantau.
"Penglibatan institusi kewangan, agensi kerajaan dan pihak swasta adalah penting bagi memastikan pelaburan daripada pihak kerajaan dalam membangunankan inovasi di kalangan penyelidik dapat dikomersialkan seterusnya dipasarkan di persada antarabangsa,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Asia Innovates 2019 dibantu rakan strategik seperti CIMB Islamic, Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), Yayasan Usahawan Baharu (MyNEF), Beta-Foundation dan Persatuan Pengurus Inovasi dan Teknologi (ITMA).
Program tahunan yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah kali ini turut disertai rakan strategik antarabangsa dari China, India, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>