Kasut hitam jadi pilihan murid di Keningau
Iklan
Gambar hiasan
KENINGAU - Pemakaian kasut sekolah berwarna hitam menjadi pilihan murid di sekolah luar bandar di daerah ini yang kebanyakan mereka berjalan kaki ke sekolah dengan menempuh jalan berselut.
Ini kerana kasut berwarna hitam yang dipakai tidak terlalu menampakkan kotoran selut berbanding pemakaian kasut sekolah berwarna putih sebelum ini.
Iklan
Iklan
Penyelia Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Jebin Tamin berkata dapatan pemantauan sejak bermula sesi persekolahan pertama bagi 2019 yang bermula semalam mendapati kebanyakan murid telah memakai kasut seragam baharu itu.
"Kita lihat murid di sekolah luar bandar lebih memilih kasut tersebut (warna hitam), ini disebabkan laluan ke sekolah di sana (luar bandar) berselut disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa minggu lepas.
Iklan
"Begitu pun, pembelian kasut berwarna hitam bergantung sepenuhnya terhadap kesediaan ibu bapa...bagi mereka yang mampu berbelanja lebih telah membekal kasut hitam kepada anak-anak mereka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan penggunaan kasut hitam dalam kalangan murid dan pelajar sekolah dalam usaha membantu menceriakan pelajar terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah.
Iklan
Pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara hanya akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021 dan KPM bersetuju pemakaian kasut hitam dilaksanakan secara beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 sebelum diperluaskan penggunaannya pada 2020.
Jebin berkata pemakaian kasut hitam diterima baik oleh rata-rata ibubapa di seluruh sekolah di daerah ini.
Bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT), beliau berkata ia telah dilaksanakan oleh kesemua pembekal perkhidmatan pada hari pertama persekolahan.
Sementara itu, mengenai kebakaran yang memusnahkan bangunan Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Nandagan Sook semalam, Jebin berkata sebuah bilik darjah telah disediakan untuk menempatkan 18 murid prasekolah di sekolah itu dan telah diarah untuk datang ke sekolah dan belajar seperti biasa.- Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.