Cuepacs minta kerajaan lihat kebajikan guru

Iklan
499483

SEMPORNA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan termasuk berkaitan elaun para guru di negara ini khususnya yang berkhidmat di luar bandar.

Presidennya, Datuk Azih Muda turut menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula elaun yang diberikan kepada pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua bidang dan memberikan elaun setimpal kepada guru disiplin dan guru panitia.

Iklan
Iklan

"Misalnya, guru panitia serta guru disiplin ketika ini tidak diberikan sebarang elaun. Harapan Cuepacs supaya kekurangan ini diatasi segera,” katanya kepada pemberita pada Majlis Warga Pendidik Semporna bersama Cuepacs di sini.

Beliau dalam pada itu turut mencadangkan kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan atau Jabatan Perkhidmatan Awam agar mengecualikan warden sekolah daripada pemotongan elaun rumah (kuarters kerajaan).

Iklan

Selain itu, Azih berkata, pihaknya berharap Kementerian Pendidikan menyusun semula gred guru yang memegang portfolio ketua bidang di sekolah kepada 48 dan bukannya gred 44.

"Harapan Cuepacs untuk melihat hab industri pendidikan negara ini terus cemerlang tanpa mengabaikan keperluan guru," katanya.

Iklan

Sementara itu, Azih turut menzahirkan terima kasih kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana memenuhi janji walaupun tidak menyeragamkan elaun Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) untuk penjawat awam tetapi menaikkan kadar itu kepada RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana.

Beliau turut menyarankan agar elaun COLA itu dapat diberikan juga kepada penjawat awam Persekutuan gred 48 dan ke bawah. - Bernama