Kapal penggerudi dari Bahamas ditahan
Iklan
Kapal yang didaftarkan di Bahamas itu ditahan kira-kira jam 9 malam kerana dipercayai tidak mempunyai kelulusan sah untuk berlabuh.
KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Tanjung Sedili menahan sebuah kapal penggerudi (drilling ship) di perairan Timur Tanjung Balau di sini malam tadi.
Pengarah APMM Zon Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal yang didaftarkan di Bahamas itu ditahan kira-kira jam 9 malam kerana dipercayai tidak mempunyai kelulusan sah untuk berlabuh.
Iklan
Iklan
"Kapal dengan tanda 'SONANGOL QUENGUELA' itu ditahan kapal peronda selepas didapati gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dalam perairan Malaysia.
"Vessel penggerudi itu ditahan di kedudukan kira-kira 9.0 batu nautika Timur Tanjung Balau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Mohd Zulfadli berkata, ketika ditahan kapal berkenaan dikendalikan oleh 43 kru termasuk nakhoda berusia lingkungan 28 hingga 67 tahun dari pelbagai negara.
"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.
Iklan
"Jika didapati bersalah ia boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan penahanan itu merupakan kes ke-28 melibatkan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi ZMTS untuk tahun 2019.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>