Kes saman trafik libatkan pelajar meningkat

Iklan
Mohd Zani (tiga, kanan) selepas Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, hari ini.

PETALING JAYA - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengeluarkan sebanyak 523 saman ke atas pelajar sekolah menerusi Ops Didik yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, menerusi operasi berkenaan, sebanyak 277 saman dikeluarkan atas kesalahan lesen memandu, kesalahan topi keledar (197) dan kesalahan nombor pendaftaran (49).

Iklan
Iklan

"Bagi kesalahan lesen memandu, sebanyak 130 saman dikeluarkan kepada pelajar berusia 13 hingga 15 tahun manakala selebihnya dikeluarkan kepada pelajar berusia 16 hingga 17 tahun.

"Pada 2017, sebanyak 328 saman telah dikuarkan secara keseluruhan dan jumlah itu juga menunjukkan peningkatan menerusi statistik pada tahun lalu,” katanya selepas mengikuti Program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku di sini, hari ini.

Iklan

Mohd Zani berkata, pihaknya akan menempatkan dua anggota polis di setiap sekolah selepas ini bagi menjalankan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PSS) dalam usaha mengatasi permasalahan sedia ada di sana.

"PPS juga berperanan untuk mengadakan lawatan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk bertanyakan khabar dan meneliti bentuk bantuan yang dapat disampaikan polis.

Iklan

"Di samping itu, PPS ini juga berperanan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan jenayah,” katanya.