Dewan Ulama Pas desak dua ADUN DAP letak jawatan

Iklan
Nik Muhammad Zawawi Salleh

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, S Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran meletak jawatan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Liberation Tigers of Tamil Ealam (LTTE).

Ketuanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, gesaan itu dibuat kerana rakyat di negara ini menolak mana-mana pemimpin yang terlibat dengan kegiatan ekstremis dan militan.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, pihaknya kesal dengan dakwaan berkenaan kerana dua ADUN DAP itu adalah pemimpin yang menguruskan masyarakat tetapi didakwa terlibat mempunyai ideologi ekstremisme.

"Seperti sedia maklum (LTTE) yang diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran adalah kumpulan pengganas yang beroperasi dengan menggunakan senjata api dan bom. LTTE antara kumpulan yang diharamkan oleh 32 buah negara termasuk Malaysia.

Iklan

"Berdasarkan penglibatan ekstremisme LTTE ini, pihak DUPP mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan mana-mana rakyat Malaysia sama ada secara langsung ataupun tidak di dalam kumpulan ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, polis menahan G Saminathan dan P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan LTTE.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN DAP ditahan bawah SOSMA

Ketua Menteri Melaka sahkan ADUN DAP ditahan polis