Jerebu: Sampai bila Malaysia perlu berkompromi?
Iklan
Suasana jerebu menyelubungi ibu negara dengan beberapa bangunan pencakar langit kelihatan samar dan menjejaskan jarak penglihatan ketika tinjauan dari Menara Merdeka 118. Foto: Bernama (Gambar kecil: Mohd Yusoff (kiri), Shahrul Mizan)
JEREBU rentas sempadan terus berulang saban tahun dan menjejaskan kualiti udara serta kesejahteraan rakyat Malaysia.
Walaupun kerjasama serantau sudah lama diwujudkan, jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia masih berlaku, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan pencegahan, penguatkuasaan dan tindakan susulan.