Tawaran ambil alih PLUS tak munasabah, terlalu kecil

Iklan
Prof Dr Barjoyai Bardai

SHAH ALAM - Tawaran yang dikemukakan oleh beberapa syarikat swasta untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dilihat tidak munasabah dan terlampau kecil.

Pakar Ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, sedangkan nilai sebenar PLUS berdasarkan pengganda keuntungan melebihi RM200 bilion tetapi tawaran dikemukakan kepada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) selaku pemegang saham utama PLUS terlalu rendah iaitu RM2 bilion.

Iklan
Iklan

Dengan itu, katanya, tawaran dikemukakan syarikat-syarikat terlibat dilihat sebagai tawaran yang tidak serius.

"Saya rasa pintu untuk perundingan bagi penjualan PLUS sudah ditutup dan Khazanah tidak lagi berminat untuk menjualnya, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun.

Iklan

Semalam, Maju Holdings Sdn Bhd dalam satu kenyataan mencadangkan untuk menyerap RM2.7 bilion bagi pampasan tol yang perlu dibayar kerajaan kepada PLUS sekiranya pengambilalihan konsesi lebuh raya terbesar negara itu oleh syarikat itu berjalan lancar.

Malah, sekiranya Maju Holdings mengambil alih PLUS, syarikat itu memaklumkan tidak akan membiarkan kerajaan bertanggungjawab bagi hutang pampasan tol berjumlah RM2.7 bilion yang perlu dibayar kepada PLUS.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil alih PLUS: Maju Holdings tawar kurangkan kadar tol hingga 36 peratus

Sebelum itu, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Redzuan menegaskan tidak berminat untuk menjual PLUS kepada mana-mana pihak, malah menolak kesemua tawaran diterima daripada entiti swasta asing mahupun tempatan.