Perkeso sedia bantu lebih 800 pekerja Utusan Melayu

Iklan
Bangunan Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Chow Son Lin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersedia membantu lebih 800 pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang terlibat dengan penutupan syarikat pada hari ini.

Perkeso dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kesemua pekerja terlibat akan dibantu melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Perkeso sudah mengadakan sesi taklimat dengan pihak Utusan Melayu pada 28 September lalu mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui SIP.

"Sebagai contoh, pekerja yang bergaji RM4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM3,160 bagi bulan pertama, RM1,975 bagi bulan kedua dan bulan-bulan seterusnya pada kadar menurun," katanya.

Iklan

Perkeso dalam kenyataan sama memberitahu, pada Disember 2018, seramai 551 pekerja yang terlibat dengan penamatan pekerjaan dari Utusan Melayu dan anak syarikat yang berkaitan telah menerima bantuan kewangan melalui skim ini dan sebahagiannya sudah kembali bekerja.

"Perkeso sedang bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) yang mempunyai 60 ahli yang aktif untuk membantu menempatkan pekerja-pekerja yang terlibat bagi mengisi kekosongan di pelbagai bidang seperti pereka grafik, juruteknik percetakan dan operator mesin.

Iklan

"Mana-mana pekerja Utusan Melayu yang memerlukan kemahiran baru dalam mana-mana bidang yang mereka berminat atau yang diperlukan oleh majikan, Perkeso akan menguruskan program latihan dengan penyedia latihan yang berdaftar di mana kos latihan akan ditanggung oleh SIP, manakala pekerja yang mengikuti latihan akan dibayar elaun menjalani latihan sebanyak RM10 hingga RM20 sehari.

"Bagi pekerja yang belum mengemukakan permohonan, sila kemukakan permohonan secara dalam talian https://eis.perkeso.gov.my/eisportal atau hadir ke mana-mana Pejabat Perkeso yang berdekatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Utusan Malaysia sah henti operasi hari ini

Utusan Malaysia tutup: Kakitangan keliru, notis terlalu singkat