Bapa masih perlu sumbangan bawa pulang anak dari Mesir
Iklan
Azyanshah mengirim foto anaknya yang kini sudah sedar daripada koma dan masih di ICU sebuah hospital di Mesir.
SHAH ALAM - Seorang pemandu bas masih memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai bil perubatan dan kos membawa pulang anaknya yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Mesir sejak beberapa hari lalu.
Bercakap kepada Sinar Harian, Azyanshah Ariffin, 53, turut memohon orang ramai agar menyalurkan sumbangan menggunakan satu saluran sahaja iaitu melalui akaun Maybank miliknya bagi mempermudahkan segala urusan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dia khuatir ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menyebarkan nombor akaun tidak berkaitan bagi tujuan menipu orang ramai.
"Ramai yang tampil menghulur bantuan selepas kisah anak saya tersebar di media sosial. Alhamdulillah anggaran bil hospital sebanyak RM20,000 sudah ada, kini kami memerlukan bantuan bagi membiayai kos lain termasuk tiket penerbangan
Iklan
"Tapi secara tiba-tiba Rosimatan sekali lagi dimasukkan ke hospital sebelum koma. Anak saya sudah sedar dan semakin stabil tapi masih belum dibenarkan pulang kerana dalam keadaan lemah,” katanya ketika dihubungi.
Azyanshah berkata, isterinya, Rosmawati Khalidin, 43, kini berada di Mesir untuk menemani anak mereka di sana sehingga dibenarkan pulang untuk meneruskan rawatan lanjut di Malaysia.
Iklan
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank atas nama Azyanshah bernombor 162013111595 atau menghubunginya di talian 010-7993486.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>