Kongres Maruah Melayu: Cadang sekolah satu aliran bermula 2026

Iklan
Nurul Fatin Aqilah Rahim -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Kongres Maruah Melayu yang berlangsung hari ini mahu kerajaan mewujudkan sekolah kebangsaan atau satu aliran bermula 2026.

Berucap menyampaikan resolusi bagi kluster pendidikan, Mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurul Fatin Aqilah Rahim berkata, sekolah vernakular tidak dapat menyatukan kaum dan membentuk perpaduan kerana menggunakan bahasa pengantar yang berbeza.

Iklan
Iklan

"Setiap sekolah vernakular seperti sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa pengantar berbeza iaitu mengikut bahasa mereka.

"Sebab itu resolusi pemansuhan secara beransur dalam tempoh enam tahun bertepatan kerana pendidikan merupakan satu kunci kepada alat penyatuan perpaduan dengan satu bahasa pengantar dan kurikulum seragam di sekolah," katanya pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di sini hari ini.

Iklan

Katanya, sehingga 30 Jun 2018 terdapat sebanyak 5,874sekolah kebangsaan, 1,298 SJKC dan 528 SJKT.

"Berdasarkan Seksyen 28 Akta Pendidikan menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta hendaklah menyenggara sekolah-sekolah ini.

Iklan

"Apa yang perlu dibuat ialah bahasa pengantar adalah bahasa Melayu dan disemaikan di semua sekolah seperti termaktub dalam Akta pendidikan secara berperingkat mulai 2021.

"Gambaran yang boleh dijelaskan ialah bahasa Melayu mula digunakan di sekolah tersebut kepada pelajar tahun 1 pada 2021 dan seterusnya sehingga 2026.

"Pada 2026 semua sekolah vernakular akan bertukar status menjadi sekolah kebangsaan atau satu aliran. Buku teks juga perlu menggunakan bahasa sama iaitu bahasa Melayu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang Melayu malu terima gaji RM1,100 sebulan tetapi...