Kereta Proton Saga terkandas paip pecah

Iklan
Anggota trafik mengawal laluan di kawasan berkenaan susulan kejadian paip pecah itu. -Foto Ihsan IPD Petaling Jaya

PETALING JAYA - Sebuah kereta jenis Proton Saga terkandas selepas paip milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pecah dalam satu kejadian yang berlaku di Jalan Universiti/Jalan 17/41 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, bagaimanapun kenderaan yang terkandas dalam kejadian pada jam 6 pagi itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, buat masa ini kerja-kerja pembaikan masih dijalankan oleh pihak Syabas di lokasi berkenaan.

"Pihak Syabas dan MBPJ turut berada di lokasi bagi kerja-kerja pembaikan dan kawalan lalu lintas susulan daripada kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan
Anggota trafik mengawal laluan di kawasan berkenaan susulan kejadian paip pecah itu. -Foto Ihsan IPD Petaling Jaya