Rokok seludup pelbagai jenis dirampas
Iklan
Pasukan Polis Marin merampas pelbagai jenis rokok seludup dalam operasi selama dua hari.
KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin merampas pelbagai jenis rokok seludup dengan nilai rampasan dianggarkan RM358,670.00 dalam operasi selama dua hari sejak Khamis lalu.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi tersebut hasil maklumat yang diterima daripada Gerakan Anti Rokok Seludup (GARS).
Iklan
Iklan
"Operasi bersepadu ini dilaksanakan di beberapa premis di sekitar Penampang, Putatan, Kota Kinabalu dan Tuaran yang melumpuhkan penjualan rokok seludup di beberapa daerah yang dikenal pasti di Sabah,” katanya melalui kenyataan semalam.
Mohamad Pajeri berkata, operasi itu juga bagi mengenalpasti dan membanteras penjualan rokok tidak bercukai.
Iklan
Beliau berkata, sebanyak 6,843 bungkus rokok dipercayai diseludup dirampas dan seorang lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun turut ditahan dalam operasi pada hari kedua.
"Selain itu, turut dirampas sebuah kenderaan yang dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup. Kesemua barang rampasan dan suspek dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Iklan
Mohamad Pajeri turut menghargai kerjasama Majlis Daerah Penampang, Putatan dan Tuaran serta yang amat komited dalam membantu dari segi keanggotaan dan maklumat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000.00 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.