PM Pakistan beri amaran pertumpahan darah

Iklan
Imran Khan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. -Foto Agensi

NEW YORK - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memberi amaran akan berlakunya pertumpahan darah di Kashmir ditadbir India apabila New Delhi menarik balik perintah berkurung yang sedang dikuatkuasakan di wilayah itu.

Khan turut mengecam tindakan pihak berkuasa India mengenakan perintah berkurung tersebut bagi mengelakkan bantahan besar terhadap keputusan negara itu untuk membatalkan kuasa autonomi di wilayah berkenaan pada 5 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

"Bagaimana anda boleh terfikir untuk mengepung lapan juta orang dengan 900,000 anggota tentera?, Wanita, kanak-kanak dan orang sakit terkurung seperti haiwan.

"Apa yang akan berlaku apabila perintah berkurung ditarik balik pastinya akan menjadi pertumpahan darah," tegas beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Iklan

Pengerusi Parti Tehreek-e-Insaf itu turut mengulangi amaran bahawa sebarang konflik yang berlaku di antara kedua-dua negara bersenjata nuklear tersebut akan mempunyai kesannya terhadap dunia.

"Jika perang konvensional bermula antara kedua-dua negara, apa sahaja boleh berlaku. Kesan jika dua negara bersenjata nuklear berperang akan dihadapi jauh sehingga ke luar sempadan," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Khan menggesa dunia memberi hak kepada penduduk Kashmir untuk menentukan nasib sendiri.

Kashmir adalah wilayah yang menjadi pertikaian antara India dan Pakistan sejak tahun 1947. - Agensi