Gabungan UMT-UniSZA dijamin tiada pekerja diberhentikan
Iklan
Siti Hamisah (depan, dua dari kiri) bersama Nor Aieni (kiri), Halim (tengah), Pengerusi UniSZA, Muhammad Nur (dua dari kanan) dan Hassan Basri Awang selepas sidang akhbar Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU- Jabatan Pendidikan Tinggi memberi jaminan tiada kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang akan kehilangan pekerjaan selepas penggabungan dua universiti itu termasuklah kakitangan berstatus kontrak.
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, kesan penggabungan mungkin menyebabkan pengecilan bilangan fakulti dan jabatan tertentu tetapi tiada proses membuang pekerja.
Iklan
Iklan
"Kita ada lebih 900 kakitangan akademik di UniSZA dan lebih 600 di UMT. Jumlah keseluruhan termasuk kakitangan bukan akademik ialah lebih 3,000 orang.
"Penggabungan UMT dan UniSZA tidak akan menjejaskan mana-mana pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di sini semalam.
Iklan
Turut hadir Pengerusi UMT, Tan Sri Dr Halim Mohamad; Pengerusi UniSZA, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty; Naib Canselor UMT, Datuk Prof Dr Nor Aieni Mokhtar dan Naib Canselor UniSZA, Datuk Prof Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.Siti Hamisah berkata, kedua-dua universiti bersetuju menggunakan peluang penggabungan untuk memperkasakan kebitaraan bidang fokus kedua-dua universiti, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memberi lebih nilai tambah kepada mahasiswa, fakulti serta komuniti setempat.
Jelasnya, universiti baharu akan diwujudkan melalui konsep penggabungan sepenuhnya UMT dan UniSZA itu memfokuskan empat bidang tujahan utama iaitu kelautan, pendidikan Islam dan sains, perubatan serta pengurusan perniagaan dan undang-undang.
Iklan
"Penggabungan itu tidak menghilangkan sebarang bidang tujahan dua universiti itu yang mana fakulti yang mempunyai jajaran sama akan digabungkan manakala yang tidak sama dikekalkan,” katanya.Sementara itu, Siti Hamisah berkata, penubuhan universiti baharu hasil penggabungan UMT dan UniSZA akan menggunakan kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa selain rujukan model universiti gabungan di luar negara.
"Kita melakukan rujukan model gabungan universiti di negara luar tetapi kita mempunyai kepakaran tempatan bertaraf antarabangsa dan pensyarah yang mampu merangka model universiti baharu itu nanti,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>