500 pasangan kahwin beramai-ramai di Jakarta

Iklan
Gabenor tempatan, Anies Baswedan (baju merah) menjadi saksi kepada pasangan yang menyertai perkahwinan beramai-ramai di Jakarta.- Foto Berita168

JAKARTA - INDONESIA.Lebih 500 pasangan di Jakarta disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan beramai-ramai yang diadakan pada malam Tahun Baharu.

Majlis perkahwinan mega anjuran pemerintah tempatan itu, bertujuan membantu keluarga miskin yang tidak mempunyai dokumen penting seperti sijil lahir.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Gabenor Anies Baswedan berkata, perkahwinan yang sah membolehkan ibu bapa dan anak-anak mereka mengakses perkhidmatan awam seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

"Tahun Baharu dipilih, justeru jika mereka meraikan perkahwinan, seluruh dunia akan turut sama meraikan," katanya. - AFP

Iklan
Iklan