Walau RM1.40, kami lega...

Iklan
Pemansuhan tol di Jambatan Pulau Pinang berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

BUTTERWORTH - Pemansuhan tol bagi motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bermula 12 tengah malam ini menggembirakan penunggang motosikal di negeri ini.

Tinjauan di Jambatan Pulau Pinang mendapati, penunggang motosikal menyatakan pemansuhan tol sebanyak RM1.40 itu merupakan satu penjimatan bagi mereka.

Iklan
Iklan

Mohd Yazid Yusif, 28, berkata, dia berasa lega dan bersyukur kerana pemansuhan tol dapat meringankan beban kewangannya.

"Saya tinggal di bahagian pulau dan bekerja di seberang. Selama empat tahun berulang alik, bayaran tol secara tidak langsung agak membebankan.

Iklan

"Namun dengan pengumuman ini, saya berasa lega dan bersyukur kerana perbelanjaan untuk tol boleh digunakan untuk kegunaan lain," katanya tadi.

Sementara itu, Makhtar Dahlan, 52, berkata, walaupun pemansuhan tol itu dilihat jumlah kecil, namun ia memberi kesan kepada mereka yang sering berulang alik ke bahagian pulau.

Iklan

"Ini adalah hadiah tahun baharu untuk rakyat dan saya bersyukur dengan pemansuhan ini.

"Walaupun RM1.40 satu jumlah yang kecil, ia memberi kesan sekiranya setiap hari berulang alik ke bahagian pulau," katanya.

Pemansuhan tol motosikal bagi kedua-dua jambatan di Pulau Pinang dilaksanakan pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2019 awal November lalu.