Kerajaan disaran ubah kadar takrif kemiskinan: Anwar
Iklan
Anwar
KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menetapkan kadar takrif kemiskinan lebih tinggi bagi mendapatkan jumlah penduduk miskin yang lebih tepat di negara ini.
Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya menyedari wujud ketidaksamaan dan tahap pendapatan rendah dalam kalangan isi rumah serta terdapat isu struktur ekonomi yang masih berterusan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau juga berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dapat mempertimbangkan pandangan tentang ukuran baharu kadar kemiskinan itu.
"Apa yang menyedihkan ialah pendapatan tidak dapat dikejar dan apa yang berlaku mereka kurangkan belanja untuk makanan di rumah.
Iklan
"Kita juga bimbang kualiti kesihatan dan pendidikan bagi kumpulan B40 juga akan terkesan,” katanya ketika berucap pada Seminar Ekonomi, Kemiskinan dan Kesenjangan di Malaysia: Takrifan dan Pelaksanaan di Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata, pembangunan mampan perlu diasaskan melalui pendekatan baharu dan inovatif untuk menangani cabaran kemiskinan dan ketidaksamaan yang semakin melebar.
Iklan
Seminar itu turut dihadiri pakar ekonomi seperti Rajah Rasiah daripada Institut Asia Eropah Universiti Malaya (UM) dan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Sebelum ini, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof Philip Alston mendakwa Malaysia mempunyai 'kemiskinan yang ketara', dan kadar kemiskinan sebenar adalah kira-kira 15 peratus berbanding 0.4 peratus yang dinyatakan kerajaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>