RM8 billion nilai pelaburan mampu dicapai
Iklan
Jimmy (tengah) pada sidang media berkenaan.
ISKANDAR PUTERI - Sasaran nilai pelaburan sebanyak RM8 bilion diletakkan kerajaan negeri sehingga hujung tahun ini diyakini mampu tercapai menerusi pelbagai usahasama progresif dalam skala antarabangsa yang dirancang.
Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, usaha itu juga dilihat berdasarkan hasil dan pelaburan yang berjaya diperoleh setakat ini.
Iklan
Iklan
”Mengikut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebanyak RM3.96 bilion jumlah pelaburan membabitkan bidang pembuatan telah diterima negeri ini sehingga Jun lalu.
"Dengan rekod yang ada, kita yakin boleh mampu mencapai atau melebihi sasaran pelaburan RM8 bilion tahun ini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang media Misi Perdagangan Kerajaan Negeri Johor ke Amerika Syarikat (AS) di Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak di Kota Iskandar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jimmy berkata, misi ke AS adalah lawatan kerja kali ke-16 yang dilakukannya sejak Ogos tahun lalu dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.
Iklan
"Misi perdagangan ke AS bermula pada 22 hingga 27 September itu akan menyaksikan pertemuan bersama 12 syarikat berkaitan teknologi tinggi membabitkan tiga lokasi iaitu Silicon Valley, San Francisco dan San Jose.
"Kita akan buat juga lawatan ke Facebook, ia juga adalah lebih kepada sesi memperkenalkan negeri ini sekali gus cuba menarik mereka untuk melabur ke sini kerana Johor mempunyai ekosistem yang baik untuk pelabur selain berdekatan dengan Singapura,” katanya.
Menurutnya, sejak tahun 1990 sampai tahun lalu, Johor menerima pelaburan sebanyak RM13 bilion dari AS dan negara itu antara tiga pelabur teratas di Iskandar Malaysia dengan jumlah pelaburan RM8.3 bilion (2 billion USD).
Jimmy berkata, pada tahun ini, Johor juga menerima pelaburan sebanyak RM40 juta di Tanjung Langsat daripada pelabur dari Dubai dan RM400 juta daripada 12 syarikat dari China di Iskandar Malaysia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>