Pas sumbang bantuan kelengkapan sekolah

Iklan
Roslan (tiga, kanan) merakam gambar bersama ibu bapa yang hadir pada Program Back to School di Pasaraya TF di sini, semalam.

BENTONG - Seramai 200 murid di daerah ini menerima bantuan kelengkapan sekolah sumbangan Pas Kawasan Bentong menerusi Program Back To School 2019 di Pasaraya TF di sini, semalam.

Exco Pemuda Pas Malaysia, Roslan Md Esa berkata telah mendapat kerjasama daripada Abrar Care Malaysia, Cakne Rakyat, Generasi, Nisa Malaysia dan Amal Malaysia yang bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam mempersiapkan anak mereka menghadapi sesi persekolahan tahun hadapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan khususnya yang mempunyai anak ramai dalam persiapan menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

"Bantuan ini bukti keprihatinan Pas dalam membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah di luar bandar yang berhadapan masalah kewangan.

Iklan

"Kita memberi peluang kepada murid-murid teruja untuk memilih sendiri persiapan persekolahan mereka di pasaraya tersebut yang mewujudkan perasaan seronok anak-anak ini untuk ke sekolah

"Diharap dengan kelengkapan persekolahan yang baharu, anak-anak ini dapat belajar di sekolah dengan sempurna dan selesa di samping keadaan yang selesa dan suasana kondisif sekolah akan membantu mereka lebih bersemangat untuk fokus dalam pelajaran,” katanya kepada Sinar harian di sini, semalam.

Iklan

Dalam pada itu, pihaknya bersyukur kerana penerimaan daripada masyarakat di daerah ini luar biasa yang membuktikan kurangnya program yang dianjurkan sebegini oleh pemimpin di setiap Dun di daerah ini

"Walaupun kita tidak menang di Parlimen dan Dun-Dun di Bentong namun masyarakat masih menyokong kami yang membuktikan rakyat di sini tidak merasai wakil rakyat yang mewakili mereka dekat di hati mereka.

"Kita akan sentiasa menjaga kebajikan,kemanusiaan, pendidikan dan dakwah buat rakyat dan Pas akan terus memperkasakan jentera parti untuk menawan Parlimen dan Dun di daerah ini utk PRU yang akan datang," katanya.