Allahyarham Nik Aziz setuju penyatuan UMNO-Pas, kata Hadi
Iklan
Ahmad Zahid dan Abdul Hadi bergambar bersama pimpinan parti selepas menandatangani piagam Permuafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa penyatuan UMNO dan Pas dipersetujui Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bekas Muryidul Am Pas itu masih hidup.
Beliau berkata, perkara itu pernah dibincangkan dengan Nik Aziz dalam mesyuarat majlis syura parti itu sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Taawun (kerjasama) ini ialah satu istilah yang sudah sepakat dengan Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau masih hidup lagi kerana kerjasama (dengan UMNO) pernah ada zaman 70-an dulu.
"Taawaun dibincangkan oleh Majlis Syura Ulamak pada masa Tok Guru masih hidup lagi,” katanya kepada sidang media Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Iklan
Nik Aziz ketika hayatnya pernah mencadangkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Pendirian itu pernah dilaporkan media pada 2008 ketika Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang, Kelantan.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Piagam Muafakat Nasional garis enam hasrat utama
Terdahulu, Enam hasrat utama Piagam Muafakat Nasional digariskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Piagam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menurutnya, antara perkara tersebut ialah berkaitan akidah, keimanan dan keikhlasan, agenda besar, jaminan permuafakatan, elakkan pergeseran, tonggak kepimpinan serta kekal selama-lamanya.
Ahmad Zahid berkata, permuafakatan ini antara UMNO dan Pas berlandaskan kepada akidah, keimanan dan keikhlasan sebagai paksi bagi memperkukuhkan kebersamaan kita serta Ia bukan semata-mata agenda politik.
Ahmad Zahid dan Abdul Hadi menandatangani piagam Permuafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com