Remaja hidup dengan paru-paru 70 tahun akibat vape

Iklan
Hergenreder dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah paru-paru. - Foto CNN

CHICAGO - Akibat ketagihan menggunakan rokok elektronik atau 'vape', seorang remaja dari Illinois, Amerika Syarikat (AS) nyaris maut dan kini hidup dengan paru-paru seperti individu berusia 70 tahun.

Adam Hergenreder, 18, menjadi pengguna tegar peranti itu sejak 18 bulan lalu sebelum menghidap penyakit paru-paru dan dimasukkan ke hospital minggu lepas.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Hergenreder merupakan seorang ahli gusti namun selepas jatuh sakit, dia sukar untuk bernafas dan mungkin tidak dapat bergusti lagi.

"Sangat menakutkan apabila memikirkan kesan vape kepada paru-paru saya.

Iklan

"Saya mungkin tidak boleh bergusti lagi selepas ini kerana ia adalah sukan fizikal dan paru-paru saya mungkin tidak dapat bertahan," katanya.

Menurutnya, dia berpendapat penggunaan rokok elektronik adalah selamat namun sangkaannya meleset apabila ia menjejaskan kesihatannya.

Iklan

Difahamkan, Hergenreder merupakan pengguna produk vape yang mengandungi THC, bahan psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.

Sementara itu, ibu Hergenreder memberitahu, anak lelakinya mungkin meninggal dunia jika dia lewat dibawa ke hospital.

Pegawai kesihatan AS juga kini sedang menyiasat 450 kes penyakit paru-paru berkaitan vape di seluruh 33 negeri di nagara berkenaan. - Mirror