Sarapan percuma untuk calon UPSR

Iklan
Calon UPSR di SK Bandar Pontian menikmati sarapan percuma sebelum masuk ke dalam peperiksaan hari ini. (Gamber kecil: Hasrunizah)

PONTIAN - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian di sini meneruskan tradisi memberi sarapan kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Yang Dipertuanya, Hasrunizah Hassan berkata, seramai 162 calon UPSR menikmati sarapan yang disumbangkan oleh beberapa individu kepada pihak sekolah.

Iklan
Iklan

"Sudah menjadi kelaziman kepada sekolah untuk menyediakan sarapan dua kali sehari kepada calon.

"Menu sihat disediakan kepada murid sebelum mereka menduduki peperiksaan dan selepas peperiksaan pertama tamat," katanya.

Iklan

Katanya, PIBG bersama sekolah sentiasa bekerjasama mengatur dan melakukan pelbagai program seperti tuisyen, motivasi dan solat hajat.

"Sememangnya diharapkan calon akan mendapat keputusan cemerlang dengan peratus kelulusan meningkat selain jumlah yang mendapat semua A, bertambah pada tahun ini," katanya.

Iklan