16 maut, lebih 100 cedera serangan Taliban di Kabul

Iklan
Asap kelihatan dari lokasi serangan susulan letupan kuat di Kabul semalam. - Foto AFP

KABUL - Sekurang-kurangnya 16 maut manakala lebih 100 cedera berikutan letupan kuat susulan serangan bom kereta di tengah Kabul, serangan ketiga yang didalangi militan Taliban.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Nasrat Rahimi, serangan semalam berlaku di kawasan penempatan berhampiran Green Village, kawasan luas yang menempatkan agensi bantuan dan organisasi antarabangsa.

Iklan
Iklan

Kawasan terbabit yang didiami ramai warga asing sering menjadi sasaran serangan meskipun dikawal ketat tentera Afghanistan dan pengawal keselamatan persendirian.

Januari lalu, kawasan itu menjadi sasaran serangan bom kereta yang membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

Iklan

Saksi berkata, bunyi tembakan kedengaran susulan letupan, pada masa sama sebuah stesen minyak turut terbakar menyebabkan asap tebal memenuhi udara.

Serangan berlaku ketika stesen televisyen utama Aghanistan menyiarkan temuramah dengan wakil Amerika Syarikat (AS), Zalmay Khalilzad yang membincangkan potensi perjanjian dengan Taliban yang akan menyaksikan pengunduran tentera AS dari lima pengkalan di seluruh Afghanistan. - Al-Jazeera

Iklan