Carrie Lam nafi mahu letak jawatan

Iklan
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam bercakap kepada media dalam sidang media hari ini. - FOTO AFP

HONG KONG - Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam hari ini menafikan beliau berhasrat meletak jawatan susulan rakaman audio yang mengatakan beliau meminta maaf kerana menjadi punca pergolakan di bandar raya itu dan akan mengundur diri sekiranya diberi pilihan.

"Saya berulang kali berkata pada diri sendiri sejak tiga bulan lalu bahawa saya dan pasukan akan bertahan demi membantu Hong Kong," kata Lam dalam satu sidang media pagi ini.

Iklan
Iklan

Menurut Lam, beliau langsung tidak memikirkan untuk berbincang tentang peletakan jawatan dengan kerajaan China yang memberikan autonomi terhad kepada Hong Kong.

Lam berkata demikian setelah agensi berita Reuters mendedahkan rakaman audio beliay yang memberitahu sekumpulan ahli perniagaan minggu lalu bahawa beliau berhasrat meletak jawatan jika mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap pergolakan yang berlaku.

Iklan

Sementara itu, Lam turut menafikan dakwaan bahawa beliau atau kerajaannya mengatur rakaman audio tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Letak jawatan jika diberi pilihan: Carrie Lam

Iklan

Hong Kong dibelenggu protes pro-demokrasi sejak tiga bulan lalu akibat penentangan terhadap cadangan Lam untuk melaksanakan undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke China.

Protes terbabit bertukar menjadi kempen menuntut demokrasi yang mencetuskan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan pihak polis.

Krisis berkenaan dilihat sebagai cabaran terburuk terhadap pemerintahan China ke atas Hong Kong sejak penyerahan dari Britain pada tahun 1997. - AFP