Perjanjian air: Malaysia kemuka mekanisme penentuan harga

Iklan
Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA - Perbincangan antara Malaysia dan Singapura mengenai isu air di bawah Perjanjian Air 1962 (62WA) memasuki fasa kedua dengan mengemukakan mekanisme penentuan harga.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu akan dikemukakan oleh Peguam Negara Malaysia kepada Peguam Negara tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita sekarang berada di fasa bagi membincangkan harga baharu air. Jika sebelum ini Singapura sedikit keberatan untuk membincangkannya tetapi sekarang mereka telah bersedia.

"Sebenarnya hubungan Malaysia dengan Singapura ini, kita mempunyai sembilan perkara dalam perbincangan dengan negara itu. Dua perkara antaranya isu Port Limits telah selesai dan dua dirunding semula seperti projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR)," katanya pada Wawancara Khas bersama media.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan berkata, negara itu akan mematuhi sepenuhnya terma Perjanjian Air 1962 dengan Malaysia, termasuk harga air yang termaktub di bawah perjanjian itu dan berharap Malaysia juga akan berbuat demikian.

Katanya, Perjanjian Air 1962 dijamin oleh Singapura dan Malaysia di bawah Perjanjian Pemisahan 1965 yang kemudian didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Iklan

Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut memaklumkan Kabinet telah meluluskan peruntukan lebih daripada RM70 juta bagi menambah baik tiga perkara di Tambak Johor seperti menambah bilangan anggota imigresen dan kastam, membaiki peralatan dan menambah lorong kenderaan.

"Jawatankuasa Khas Kabinet bagi perkara itu yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan tersebut. Ia merupakan keutamaan yang mendesak bagi mengurangkan kesesakan di sana.

"Soal menambah laluan kajian masih dilakukan. Lorong bagi kenderaan jenis mana akan ditambah ia akan ditentukan selepas ini. Saya harap pihak Singapura juga dapat melakukan perkara sama," katanya.