Tangguh dahulu kelulusan projek besar
Iklan
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama para peserta mengutip sampah di pesisiran Pantai Cahaya Negeri sempena Hari Pembersihan Pantai Port Dickson hari ini. Program itu adalah bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan melibatkan lima buah pantai di sekitar Port Dickson serta meningkatkan kesedaran awam akan kepentingan amalan mengitar semula. - Bernama
PORT DICKSON - Pihak berkuasa di sini telah diminta menangguhkan sebarang kelulusan bagi projek besar, sementara menunggu Pelan Struktur Port Dickson (PD) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat mengenai Pelan Struktur PD akan diadakan minggu depan dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang berkaitan.
"Saya beritahu mereka kira-kira sebulan yang lepas agar menangguhkan sebarang kelulusan bagi projek-projek besar kerana kami tidak mahu mengganggu Pelan Struktur ini,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Program Hari Pembersihan Pantai di Pantai Cahaya Negeri di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Anwar yang juga Presiden PKR berkata Pelan Struktur PD adalah penting untuk menjadikan bandar ini destinasi pelancongan utama dan untuk memastikan infrastruktur adalah mencukupi bagi persediaan menerima pelaburan besar dari dalam dan luar negara.
Sementara itu, semasa berucap merasmikan program berkenaan, Anwar berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada Menteri Besar Aminuddin Harun untuk merencanakan pelan struktur ini bagi kawasan Port Dickson dan sekitarnya.
Iklan
"Pelaburan dari luar negara kami belum mahu luluskan sehingga ada pelan struktur...tak boleh tambah hotel dan pusat perniagaan tetapi tidak ada pelan yang teratur.
"Saya juga dah berbincang dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, tetapi tentulah dia tak boleh bagi perhatian khas kepada Port Dickson tetapi dia boleh bagi kemudahan tambahan untuk memastikan infrastruktur di sini teratur,” katanya.
Iklan
Pada program hari ini, Anwar turut melancarkan jentera pembersihan baru SWM Environment Sdn Bhd, Robot Street Sweeper, yang boleh menampung sampah sebanyak 100 liter dalam satu masa.
Robot Street Sweeper mampu mengoptimumkan kualiti kerja pembersihan terutamanya di kawasan tumpuan awam selain membantu pekerja di lapangan melakukan kerja dengan lebih cekap dan pantas.
Selain Pantai Cahaya Negeri, Anwar yang diiringi penduduk dan artis tempatan yang antaranya Sharnaz Ahmad, Jasmin Hamid dan Puteri Aishah, turut membersihkan Pantai Saujana, Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Teluk Kemang dan Pantai Tanjung Biru.-Bernama
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.