296 kawasan 'hotspot' sampah haram dikesan
Iklan
Chen Choon (depan, empat dari kanan) bersama Kit Siang (tiga dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang bersama anggota bomba yang terlibat dalam operasi kebakaran di Kampung Pekajang.
ISKANDAR PUTERI - Terdapat 296 kawasan yang dikenal pasti menjadi 'hotspot' tapak pelupusan sampah haram di sekitar bandaraya Johor Bahru.
Exco Kerajaan Tempatan Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 46 lokasi dikenal pasti sentiasa aktif berikutan kes berulang.
Iklan
Iklan
"Kebanyakan lokasi berkumpul di sekitar Johor Bahru berikutan terdapat aktiviti pembangunan yang sedang giat dijalankan di kawasan bandar raya ini.
"Kebanyakan hotspot ini bermula daripada sisa binaan,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan tapak pelupusan sampah haram di negeri ini.
Iklan
Terdahulu, Chen Choon mengiringi Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang melawat keadaan kebakaran di Kampung Pekajang di Gelang Patah, di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Tan Hong Pin dan komander operasi kes kebakaran itu, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Faizul Selamat.
Iklan
Dalam pada itu, Chen Choon memberi amaran kepada pemilik tanah supaya memastikan tanah mereka tidak dijadikan tapak pelupusan sampah haram.
"Pemilik tanah dikehendaki memantau keadaan tanah mereka kerana kebanyakan tanah kosong atau terbiar ini selalunya dijadikan tapak pelupusan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Sekiranya berlaku (tapak pelupusan sampah haram), mereka (pemilik tanah) boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>