JPJ keluarkan 418 notis kesalahan
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 418 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu dijalankan di sini malam tadi.
Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, operasi selama empat jam bermula 8 malam itu disertai 42 pegawai dan anggota agensi berkaitan.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 956 kenderaan diperiksa sepanjang operasi malam ini dan 418 notis dikeluarkan antaranya 196 cukai jalan tamat tempoh, 112 tidak mempunyai lesen memandu dan 83 kesalahan cermin gelap.
"Dalam operasi ini juga kami turut menyita lapan kenderaan atas pelbagai kesalahan,” katanya selepas selesai operasi berkenaan di Plaza Tol Sentul Pasar di sini.
Iklan
Menurutnya, pelbagai kesalahan boleh dikenakan hukuman sehingga tidak melebihi RM2,000 di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, Ismail berkata, terdapat ramai pengguna jalan raya yang masih tidak memahami peraturan penggunaan cermin gelap yang dikuatkuasakan Mei lalu.
Iklan
"Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam serta barangan, peratus ketelusan cahaya tidak boleh kurang daripada 70 peratus.
"Mana-mana individu boleh memohon menggunakan cermin lebih gelap dan setiap permohonan dikenakan bayaran RM5,000,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>