4 tokoh terima Anugerah Apresiasi Khidmat Kepada Ummah
Iklan
Kakitangan syarikat berkenaan bergambar bersama pemenang anugerah dan pihak Mainj ketika penyerahan zakat.
JOHOR BAHRU - Empat tokoh dipilih menerima Anugerah Apresiasi Khidmat Kepada Ummah bagi menghargai jasa mereka dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di negeri ini.
Kesemua mereka adalah Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj), Datuk Nooh Gadot; Pengerusi Persatuan Cina Muslim Johor, Saiful Choo Abdullah dan Pengasas Baitus Solehah, Dr Osman Napiah bersama isterinya, Munaliza Ismail.
Anugerah julung kalinya diadakan itu anjuran syarikat guaman, Tetuan Ikbal Salam & Associates yang mana diadakan bagi memberi inspirasi dan tauladan kepada semua pihak.
Pengarah program, Noor Shah Hidayah Ibrahim berkata, sumbangan tokoh berkenaan membawa impak besar kepada masyarakat.
Menurutnya, usaha dilakukan mereka memerlukan semangat luar biasa dan sukar dilaksanakan insan biasa.
"Anugerah ini bukan sahaja suatu penghormatan kepada mereka, tetapi menjadi cabaran buat kami untuk mencontohi tindakan berkenaan.
"Apa dilakukan mereka merupakan usaha secara berterusan dan tidak boleh terhenti setakat ini sahaja di mana setiap daripada mereka membantu membina ummah yang saling sayang menyayangi dan harmoni,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Anugerah Apresiasi Bakti Masyarakat di Hotel Holiday Villa di sini, baru-baru ini.
Turut diadakan majlis penyerahan zakat perniagaan syarikat guaman berkenaan bagi 2018 berjumlah RM1.1 juta kepada Mainj.
"Kami berharap pentadbiran Mainj dapat mengagihkan bayaran zakat ini bukan sahaja kepada asnaf beragama Islam, tetapi diperuntukkan kepada kebajikan orang bukan Islam.
"Hal ini bagi membolehkan mereka lebih mendekati Islam dan melihat keindahan syiarnya,” ujarnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.