Cubaan seludup petrol ke Thailand gagal
Iklan
KPDNHEP menyita 29 tong petrol yang cuba diseludup dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan Tumpat.
TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup petrol ke Thailand hari ini.
Pengarahnya, Adnan Abdul Rahman berkata, serbuan di stesen minyak di Pasir Pekan hari ini susulan maklumat diterima daripada orang awam berhubung penyelewengan barangan bersubsidi.
Iklan
Iklan
"Hasil risikan pegawai penguatkuasa KPDNHEP Kelantan dalam operasi selama 7 jam bermula jam 10 malam hingga 5 pagi mendapati pemandu Proton Wira berusia 50-an membuat pengisian petrol RON 95 dalam keadaan mencurigakan.
"Serbuan dilakukan dan pemeriksaan lanjut menemui tong plastik berisi petrol di tempat duduk belakang kereta terbabit," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Iklan
Menurutnya, semakan terhadap resit pembelian mendapati suspek membuat belian sehingga RM170 dengan sekali pembelian iaitu lebih kurang 83.40 liter.
"KPDNHEP menyita 29 tong petrol, kereta itu dan resit pembelian dengan keseluruhan barang dianggarkan bernilai RM3,400," katanya.
Iklan
Katanya, suspek diambil keterangan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>