Remaja didakwa rompak pelajar

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak telefon pintar dan dompet pelajar tingkatan lima, minggu lalu.

Tertuduh, K Mugeswaran, 19, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Iklan
Iklan

Remaja itu didakwa merompak telefon pintar dan dompet milik R Kanesh, 17, di Jalan Jelawat 1, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini pada 2 pagi, 15 Ogos lalu.

Mugeswaran didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Iklan