Pencarum Perkeso manfaat saringan kesihatan percuma masih rendah
Iklan
Farihah (dua dari kanan) bersama penerima faedah Perkeso pada Program Keselamatan Jalan Raya (Advokasi) dan Pemeriksaan Kesihatan (HSP) Perkeso bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) hari ini.
KUALA TERENGGANU – Hanya tiga peratus daripada 6,946 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang layak menerima baucar Program Saringan Kesihatan (HSP) di negeri ini memanfaatkan kemudahan itu pada tahun ini.
Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, perkembangan itu menyebabkan Perkeso Terengganu mengadakan pelbagai program dan aktiviti sebagai usaha untuk menggalakkan pekerja menggunakan baucar tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bermula Januari hingga Julai lalu pihaknya sudah mengadakan enam program pencegahan kemalangan (advokasi) dan tiga program saringan kesihatan bersama majikan.
"Dalam usaha meningkatkan kesedaran ini, Perkeso juga memperkenalkan 'Voucherless HSP' pada 2018 kepada pekerja bagi memudahkan mereka menjalani rawatan percuma di bawah program HSP.
Iklan
"Pekerja tidak perlu lagi menunggu baucar dikeluarkan Perkeso tapi dengan cara lebih mudah, mereka hanya perlu layari portal SeHAT-Perkeso untuk dapatkan nombor baucar secara SMS dan bawa kad pengenalan ke klinik panel di bawah program HSP.
"Dengan ini tiada lagi alasan pekerja untuk tidak menjalani pemeriksaan secara percuma oleh Perkeso,” katanya pada Program Keselamatan Jalan Raya (Advokasi) dan Pemeriksaan Kesihatan (HSP) Perkeso bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) hari ini.
Iklan
Pada program itu, seramai 120 pekerja Indah Water Konsortium Sdn Bhd menjalani saringan kesihatan percuma Perkeso dijalankan oleh Hospital Pakar Salam yang merupakan hospital panel di bawah program HSP.
Program Advokasi dan HSP merupakan usaha berterusan Perkeso ke arah merealisasikan kempen ‘Vision Zero’ cegah kemalangan tingkatkan keselamatan.
Farihah berkata, melalui kempen tersebut, pihaknya menekankan tiga perkara utama yang bertujuan memupuk budaya pencegahan dalam kalangan pekerja meliputi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.
"Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama bagi penunggang motosikal selain mencegah penyakit lebih awal khususnya pekerja berumur 40 tahun dan wujudkan suasana kerja kondusif serta tingkatkan produktiviti kerja,” katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.